Op Noda: 209 wanita GRO warga asing, 13 penjaga pusat hiburan ditahan

Op Noda: 209 wanita GRO warga asing, 13 penjaga pusat hiburan ditahan

am@hmetro.com.my

Johor Bahru : Seramai 209 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan perkhidmatan pelanggan (GRO) dan 13 penjaga premis ditahan menerusi Op Noda dalam serbuan di 12 pusat hiburan di seluruh negeri, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, operasi yang bermula jam 2.15 hingga 9 pagi itu dijalankan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Beliau berkata, daripada 13 penjaga premis yang ditahan, 10 adalah lelaki tempatan, manakala tiga lagi lelaki warga asing berusia antara 20 hingga 53 tahun.

“Selain itu, polis turut menahan 209 wanita warga asing berusia antara 19 hingga 40 tahun yang bekerja sebagai GRO.

“Daripada jumlah itu, 93 adalah warga Vietnam, Thailand (87), Laos (11), Indonesia (tujuh), Myanmar (enam) dan Filipina (lima),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semua tangkapan disiasat mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98 kerana melanggar syarat lesen hiburan atau sekatan yang ditetapkan.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 55B dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

“Semakan rekod lampau ke atas semua suspek mendapati tujuh daripada mereka mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan pula mendapati 44 suspek positif dadah.

“Seramai 13 tangkapan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, manakala 209 lagi ditahan di 0 Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Ab Rahaman berkata, polis Johor tidak akan berkompromi dan sentiasa komited menangani isu yang membabitkan h serta ketenteraman awam bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Katanya, premis yang didapati melanggar syarat lesen akan dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan lesen.

“Polis Johor turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah melalui talian hotline Polis Johor di 019-2792095 atau Bilik Gerakan di 07-2212999,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top