Pengguna mahu JKR kaji menyeluruh

Pengguna mahu JKR kaji menyeluruh

SHAH ALAM – Pengguna motosikal menggesa siasatan terhadap kejadian penunggang terbabas di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dibuat secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan susulan dilaksanakan.Pekerja swasta, Munira Awang Ahmad, 48, berkata, kerajaan perlu meneliti semua aspek berkaitan laluan berkenaan supaya penyelesaian yang diambil benar-benar memberi manfaat kepada pengguna.”Pihak kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu meneliti dan menitikberatkan keadaan laluan serta faktor yang boleh menyebabkan kejadian seperti ini berlaku.”Jangan hanya melihat satu punca kerana keadaan sebenar di lokasi perlu dinilai secara keseluruhan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Sebelum ini, beberapa penunggang motosikal dilaporkan terbabas di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan arah Klang pada 23 September dan kejadian itu tular di media sosial.Susulan itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, permukaan laluan di lokasi kejadian menggunakan bahan yang sepatutnya tidak licin, namun beberapa faktor lain termasuk keadaan permukaan basah dipercayai mungkin menyumbang kepada insiden itu.Justeru, beliau memaklumkan JKR sedang meneliti beberapa faktor termasuk tahap rintangan gelincir permukaan ketika basah, keadaan turapan, kemungkinan pencemaran minyak atau diesel serta kualiti pelaksanaan kerja.Menurutnya, permukaan berwarna di laluan berkenaan direka dan dilaksanakan sebagai kemasan antiselip mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Dalam pada itu, seorang peniaga, Nor Dalelah Hamzah, 39, berpandangan penelitian menyeluruh penting bagi memastikan sebarang kelemahan yang dikenal pasti dapat ditangani dengan kaedah bersesuaian.”Isu ini sepatutnya dikaji sepenuhnya supaya tahap keselamatan pengguna jalan raya dapat dimaksimumkan.”Jika ada kelemahan pada permukaan atau reka bentuk laluan, ia perlu diperbaiki segera supaya kejadian sama tidak berulang,” ujarnya.Bagi Osman Yeop, 45, JKR perlu mengambil kira pengalaman sebenar penunggang ketika menggunakan laluan berkenaan khususnya dalam keadaan hujan.”Seharusnya pihak JKR membuat kajian menyeluruh agar kaedah yang digunakan adalah yang terbaik untuk pengguna jalan raya.”Bukan sekadar melihat keadaan permukaan selepas kejadian tetapi turut menilai bahan, kaedah pembinaan dan kesesuaiannya ketika laluan basah,” katanya.

Scroll to Top