Ujian yang menimpa pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah, nampaknya semakin rumit apabila ada pihak luar yang cuba mengambil kesempatan atas penderitaan keluarga berkenaan.
BACA: Mahkamah Rayuan Ketepikan Keputusan Mahkamah Tinggi, Ismahalil Dipenjara 30 Tahun Kes Dadah
Memetik laporan Harian Metro, wujud satu petisyen dalam talian yang kononnya dilancarkan untuk membantu proses rayuan bebas penyampai radio terbabit.
Petisyen untuk lantik peguam adalah palsu
Isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf tampil menyatakan bahawa petisyen kononnya melantik peguam dan menggunakan nama peguam Ahmad Zaharil adalah palsu sama sekali.

Perkara tersebut disedari beliau selepas dimaklumkan oleh salah seorang ahli kumpulan WhatsApp Bapakku FM.
Benda ini dihantar oleh salah seorang ahli grup WhatsApp Bapakku FM. Petisyen ini guna gambar Tok Mat. Saya sudah bertanyakan dia dan Tok Mat pun kata tidak tahu menahu. Harap jangan ada yang tertipu. Saya masih dalam proses nak uruskan petisyen ini, tapi tengok kat situ ramai yang sudah masuk daftar.
Kutip wang sumbangan serendah RM12 menerusi petisyen

Lebih menyedihkan apabila timbul dakwaan bahawa petisyen berunsur penipuan itu turut meminta orang awam menghulurkan bantuan kewangan secara dalam talian.
Nor Haslinda meluahkan rasa kecewa apabila mendapati sudah ada peminat yang terperdaya dan memindahkan wang kepada akaun pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Mereka boleh pilih banyak mana nak sumbang. Paling sikit RM12. Jadi sudah nampak ada unsur-unsur tidak kena.
Bagi mengelakkan lebih ramai pengikut tegar radio berkenaan tertipu, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan untuk memberi peringatan tegas.
Jangan menandatangani mana-mana petisyen berkaitan Saudara Ismahalil Hamzah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak grup BapakkuFM. Sebarang tindakan atau petisyen hendaklah dibincangkan dan mendapat persetujuan pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan semua usaha dilakukan secara tersusun, sah dan tidak menjejaskan perjuangan bersama. Mohon kerjasama dan perhatian semua ahli serta sahabat BapakkuFM.
Isu petisyen palsu ini timbul susulan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang membatalkan keputusan bebas Mahkamah Tinggi terdahulu terhadap kes pertuduhan mengedar dadah yang dihadapi Ismahalil sejak September 2021.
Keputusan panel hakim itu menyaksikan Ismahalil kini dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun bermula Jumaat lalu.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
