“Bendera adalah maruah kita!” -Akmal gesa MB Terengganu kemuka bukti kesilapan teknikal

“Bendera adalah maruah kita!” -Akmal gesa MB Terengganu kemuka bukti kesilapan teknikal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menggesa Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk mengemukakan bukti masalah teknikal terhadap insiden Jalur Gemilang yang digantung tanpa bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Pendirian masih sama

Menerusi video yang dikongsi di media sosial, Akmal menyatakan bahawa pendiriannya masih kekal dan tidak pernah berubah dalam mempertahankan kedaulatan Jalur Gemilang.

“Bendera adalah maruah kita,
Dan prinsip saya tidak pernah berubah untuk mempertahankan kedaulatan bendera kita,” ujarnya.

Mohon MB Terengganu nyatakan bukti

Susulan daripada itu, beliau yang sebelum ini pernah tegas menyuarakan hal sama di Pulau Pinang pada tahun lalu meminta supaya Menteri Besar Terengganu menjalankan siasatan dengan mengemukakan bukti seperti yang dinyatakan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

“Saya mohon YAB MB Terengganu boleh nyatakan bukti kesilapan teknikal itu berlaku ataupun mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menggantung bendera itu secara sengaja,” katanya.

 

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Jalur Gemilang yang dipasang di Dataran Batu Buruk tidak mempunyai bulan dan bintang.

Ahmad Samsuri telah menjelaskan bahawa kesilapan teknikal tersebut sudah diselesaikan dan ia hanyalah satu insiden terpencil sahaja.

Dalam pada masa yang sama, Datuk Bandar MBKT, Lizan Che Mat menjelaskan Jalur Gemilang berkenaan sebenarnya mempunyai lambang bulan dan bintang, namun bahagian tersebut tercabut daripada jahitan akibat ribut kuat.

Bendera itu telah diturunkan serta-merta pada Jumaat lalu dan digantikan dengan Jalur Gemilang yang baharu.

“Bendera adalah maruah kita!” -Akmal gesa MB Terengganu kemuka bukti kesilapan teknikal

Selepas ini, MBKT akan membeli bendera yang sudah siap sepenuhnya bagi memastikan setiap Jalur Gemilang yang dipasang berada dalam keadaan sempurna dan mematuhi spesifikasi ditetapkan.

Sumber: Facebook Akmal Saleh 

Scroll to Top