Nenek tiri didakwa bunuh cucu, berdepan hukuman mati jika bersalah

Nenek tiri didakwa bunuh cucu, berdepan hukuman mati jika bersalah

Seorang nenek tiri berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi berusia 16 bulan pada hujung bulan lalu.

Nenek tiri didakwa bunuh cucu, berdepan hukuman mati jika bersalah

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Kosmo, tertuduh, Nurul Farhana Laili Shah, 39, memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nur Anggun Dahlia Abdullah, 16 bulan, dalam tempoh antara 30 hingga 31 Julai lalu, bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari sehingga 9.30 pagi di sebuah rumah di Taman Sri Saujana, di sini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa, manakala tertuduh diwakili peguam Lidyana Mansor dan Farah Yasmin.

Dalam prosiding itu, Nor Afiqah memohon mahkamah menetapkan satu tarikh bagi menunggu laporan kimia, bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh berikutan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hafizah kemudian menetapkan 11 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel lain: “Baik minta cerai kalau tak serasi daripada gaduh berbunuh” – Abby Abadi kongsi tips rumah tangga

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang nenek muda bakal didakwa di mahkamah selepas dipercayai terlibat dalam kes kematian cucu tirinya yang berusia satu tahun empat bulan di Taman Sri Saujana, bulan lalu.

Sumber: Kosmo (Masturah Suradi)

Scroll to Top