ercy.gracella@bh.com.my
Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), kelmarin.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Facebook sebentar tadi.
“Alhamdulillah, Fadillah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada Rabu lalu bersamaan 12 Ogos 2026.
“Beliau sekeluarga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan IJN atas komitmen, kepakaran dan layanan profesional mereka sepanjang proses rawatan.
“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak kementerian, masjid-masjid, surau-surau, rumah ibadat, agensi kerajaan/swasta, badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sanak-saudara, sahabat handai serta seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan dan memberikan sokongan kepada beliau,” menurut kenyataan berkenaan.
Sebelum ini, BH melaporkan Fadillah akan menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.
Setiausaha Akhbarnya, Datuk Misiah Taib dilaporkan berkata, keadaan Fadillah bagaimanapun dilaporkan stabil.
© New Straits Times Press (M) Bhd
