Mayat dalam beg pakaian terapung di Sungai Perak

KUALA KANGSAR: Orang awam dikejutkan dengan penemuan sebuah beg pakaian berisi mayat yang terapung di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah, di sini, hari ini.

Mayat berkenaan ditemukan kira-kira pukul 4 petang dalam keadaan beg tersebut dibalut pembungkus plastik di bahagian tengah sungai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan berkenaan pada pukul 4 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi dimaklumkan oleh polis bahawa terdapat satu mayat berada di tengah sungai.

“Bagaimanapun, pihak bomba perlu menunggu sehingga pasukan forensik polis selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya di sini hari ini.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi dimaklumkan pihak polis bahawa terdapat satu mayat berada di tengah sungai.

“Bagaimanapun, anggota bomba perlu menunggu sehingga pasukan forensik polis selesai menjalankan siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga kini anggota bomba masih melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian. – UTUSAN

Scroll to Top