LATEST

Pelajar ada masalah kewangan sila hubungi IPTA

Pelajar ada masalah kewangan sila hubungi IPTA

PETALING JAYA: Pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berdepan masalah kewangan boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi pihak IPTA masing-masing atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pelajar yang berdepan kekangan berkenaan perlu mengutamakan proses pendaftaran dan meneruskan pengajian meskipun berdepan masalah kewangan.

Baca juga: Jasa Hashim Jasin dikenang, amanah besar menanti Ahmad Yakob – Majlis Ulamak Syura

“Kepada yang mendapat tawaran kemasukan ke IPTA, jika ada sebarang masalah kewangan atau sebagainya, boleh terus berhubung dengan IPTA berkenaan atau KPT. Yang penting, anda masuk daftar dan sambung belajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN

Latest news