LATEST

Wak Doyok tegur aib rumah tangga jangan kongsi media sosial – “Tanda kamu belum matang”

Wak Doyok tegur aib rumah tangga jangan kongsi media sosial – “Tanda kamu belum matang”

Wak Doyok mengingatkan orang ramai supaya menjaga privasi keluarga dengan menyelesaikan masalah rumah tangga secara tertutup bersama ahli keluarga.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berpendapat, perkara yang berlaku dalam sesebuah keluarga perlu diuruskan dalam lingkungan rumah tangga tanpa mendedahkannya kepada pengetahuan umum.

Baca juga: Yayasan Hind Rajab gesa AS dakwa bekas Menteri Pertahanan Israel atas jenayah di Gaza, Lubnan

“Urusan rumah tangga dalam rumah sahaja tahu. Orang lain tidak boleh tahu apa yang keluarga hadapi. Itu tanda kamu belum matang dalam kehidupan dunia,” ciapannya semalam.

Menerusi teguran tersebut, beliau mengaitkan tindakan membuka masalah keluarga kepada orang luar dengan tahap kematangan seseorang dalam menghadapi kehidupan.

Dalam masa sama, Wak Doyok turut menegur sikap menyalahkan masyarakat atas perkara yang berlaku, sedangkan tindakan sendiri juga boleh menjadi puncanya.

“Bila bisnes dah melingkup baru nak kembali pada fitrah. Dan jangan salahkan masyarakat atas apa yang berlaku sebab puncanya dari kamu juga,” jelasnya.

Beliau mengingatkan bahawa setiap orang berdepan ujian dan masalah masing-masing. Bagaimanapun, menurutnya, masalah tersebut perlu diuruskan dengan menjaga batas perkongsian di media sosial.

“Semua orang ada masalah tapi jangan masalah tu dipaparkan di sosial media. Dunia tipu-tipu dunia khayalan dunia impian,” tambahnya lagi.

Sumber: Threads wakdoyok

Latest news