WASHINGTON: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang dan penasihat undang-undang am syarikat itu, Tim Teter, bersetuju untuk hadir di depan tiga jawatankuasa Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) bagi memberikan keterangan dalam sesi temu bual yang direkodkan, menurut pengerusi panel berkenaan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
Baca juga: Portugal atasi Wales 3-2, terajui kumpulan A4
“Kami menantikan peluang untuk mendengar penjelasan daripada Jensen Huang dan Tim Teter mengenai peranan mereka dalam kemungkinan berlakunya pelanggaran keselamatan negara,” kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan Brian Mast, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parti Komunis China, John Moolenaar dan Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan, Rick Crawford dalam satu kenyataan.
“Rakyat Amerika memerlukan penjelasan mengenai peranan Huang dan Nvidia dalam membolehkan pihak dari Republik Rakyat China yang berbahaya memperoleh akses kepada cip kami yang paling canggih serta peranan seorang individu yang mungkin aset perisikan China dalam skandal ini,” kata mereka.
Huang dijadualkan hadir pada 1 Disember, manakala Teter akan hadir pada 2 Disember. – BERNAMA-ANADOLU
© New Straits Times Press (M) Bhd