LATEST
Social Media

PAS mahu istiqamah, tolak pelawaan sertai kerajaan – Fadhli Shaari

PAS mahu istiqamah, tolak pelawaan sertai kerajaan – Fadhli Shaari

PAS memilih untuk meneruskan haluan politik sedia ada selepas menerima pelawaan supaya beralih menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyatakan pendirian itu menerusi hantaran ringkas di Facebook pada Selasa. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas pelawaan tersebut.

Baca juga: Nahas van polis: Saifuddin arah 10 anggota polis cedera diberi rawatan terbaik

“Pas akan terus istiqamah dengan jalannya sekarang. Terima kasih atas undangan dan jemputan,” katanya.

Kenyataan itu menyusul gesaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad supaya PAS menamatkan kerjasama dengan UMNO dan memberikan sokongan kepada kerajaan pimpinan Anwar.

Menerusi respons berkenaan, Ahmad Fadhli memberi isyarat jelas bahawa PAS mahu kekal dengan pendekatan politiknya ketika ini.

Terdahulu, Khalid dalam satu sidang media dilaporkan menyambut baik cadangan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rosli Yaakop supaya parti itu menyokong Anwar serta Pakatan Harapan (PH).

Cadangan tersebut kemudian disusuli gesaan Khalid agar PAS mengubah pendirian politik dan memberikan sokongan kepada kerajaan.

Khalid dan Rosli pernah menganggotai Jawatankuasa Pimpinan PAS Pusat sebelum masing-masing menyertai Amanah. Rosli bagaimanapun dilaporkan kembali menyertai PAS pada Jun lalu.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari

More in Social Media

View all

Latest news