LATEST

Jasa Hashim Jasin dikenang, amanah besar menanti Ahmad Yakob – Majlis Ulamak Syura

Jasa Hashim Jasin dikenang, amanah besar menanti Ahmad Yakob – Majlis Ulamak Syura

KOTA BHARU – Selepas sedekad menerajui Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas, jasa dan sumbangan Datuk Seri Hashim Jasin mendapat penghargaan parti itu, manakala kepimpinan baharu berdepan amanah besar untuk memastikan kesinambungan perjuangan serta kesatuan saf terus dipelihara.Setiausaha MSU Pas, Mohd Asri Mat Daud berkata, keluasan ilmu, keteguhan prinsip dan kewibawaan Hashim dalam memberikan panduan sepanjang memegang jawatan Mursyidul Am Pas dari 2016 hingga 2026 menjadi pedoman berharga kepada kepimpinan serta seluruh ahli parti.Menurut beliau, ketekunan Hashim membimbing jemaah dan memelihara kesatuan saf merupakan antara sumbangan yang akan terus dikenang.”Keteguhan beliau dalam meneguhkan perjuangan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah akan sentiasa dikenang dengan penuh penghormatan,” katanya pada Rabu.Dalam masa sama, beliau memberitahu, MSU Pas berharap seluruh ahli parti dapat memberikan sokongan dan mendoakan kepimpinan baharu bagi sesi 2026-2030 agar mampu meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan.Ujar Mohd Asri, kepimpinan baharu itu diterajui Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob, manakala Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada bekas Setiausaha MSU, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh atas khidmat bakti dan komitmen sepanjang melaksanakan amanah berkenaan.Menurutnya, MSU Pas berharap barisan kepimpinan dan ahli majlis bagi sesi baharu dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta keikhlasan dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat itu.”Semoga seluruh kepimpinan dapat meneruskan amanah ini dengan sebaik-baiknya. Kepada ALLAH jua kami bermohon,” katanya.

Latest news