Gempa bumi sederhana di Laut Bali Indonesia

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 2.10 pagi tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa bumi itu berpusat di koordinat 7.2 darjah selatan dan 117.2 darjah timur dengan kedalaman 499 kilometer (km) pada jarak 194 km timur laut dari Mataram, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

 

 

 

Scroll to Top