“Kalau Nak Kahwin, Hantaran RM10 Juta Saya Terima” – A. Aida Mahu Azeva Fokus Kerjaya | Oh! Artis – Oh! Media

“Kalau Nak Kahwin, Hantaran RM10 Juta Saya Terima” – A. Aida Mahu Azeva Fokus Kerjaya | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

A. Aida mengakui ramai lelaki cuba mendekati Azeva, namun menetapkan syarat dan mahu anaknya fokus membina kerjaya terlebih dahulu.

Penerbit dan pelakon Datuk A. Aida mengakui menerima banyak mesej daripada golongan lelaki yang mahu berkenalan dengan anaknya, Azeva.

Malah, ada dalam kalangan artis yang menghubunginya dan memanggilnya “mama” kerana mahu mendekati Azeva.

Pesan kepada Azeva guna peluang bina kerjaya

Azeva

Menurut laporan Kosmo, A. Aida menegaskan dia tidak akan membenarkan anaknya bercinta buat masa ini kerana mahu Azeva memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni yang sedang dibina selepas menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Saya terima banyak mesej dalam media sosial termasuk artis yang panggil saya mama. Boleh dikatakan berderet-deretlah nak kenal dengan Azeva.

Sebab itu saya buat kenyataan bahawa Azeva buat ketika ini elakkan bercinta sebab saya sedang mencipta namanya dan peluang kerja pula sedang banyak.

Jadi, kenapa perlu saya sia-siakan semua itu. Tidak mungkinlah tengah mendunia ini, tiba-tiba nak kahwin? Hello! Kalau nak kahwin, hantaran RM10 juta saya terima dan boleh dipertimbangkan.

Menurut A. Aida, pendiriannya itu bukan bertujuan mengongkong kehidupan Azeva, sebaliknya mahu memastikan anak keduanya itu terus menikmati peluang yang sedang terbuka luas.

Tidak kongkong pun tetapi sejak kecil saya menjaganya, mandikan dengan susu sehingga dapat secantik ini.

Saya tidak kisah kalau nak cakap saya kongkong anak, asalkan memang saya sudah berhabis banyak sebelum ini sepanjang besarkannya.

Malah, A. Aida secara berseloroh berkata, lelaki yang mahu mendekati Azeva perlu mampu memberikan kehidupan yang lebih baik daripada apa yang sudah diberikannya kepada anak tersebut.

“Bukan mudah untuk mendekati puteri saya tetapi sekurang-kurangnya orang itu boleh bagi dia lebih daripada apa yang saya beri.

A. Aida turut berpesan kepada Azeva supaya menggunakan segala peluang yang ada untuk membina kerjaya dan mengumpul harta sebelum memikirkan soal pasangan hidup.

Sepatutnya ketika ini dia perlu gunakan semua peluang yang ada kumpul harta.

Bila harta dah banyak dan duit pun dah bersepah, kita boleh petik jari saja kalau mahu sesiapa.

Katanya, jika tiba masa untuk mencari pasangan hidup, Azeva sepatutnya memilih lelaki yang mampu memahami dirinya, membahagiakannya dan menyediakan kehidupan yang baik.

Duit adalah segala-galanya” – A. Aida

a Aida Azeva

A. Aida turut mengakui dirinya berpegang kepada prinsip bahawa kewangan penting dalam membina kehidupan dan seseorang tidak seharusnya hanya bergantung kepada cinta.

Sebab dunia sekarang ini, tak payahlah orang cakap cinta. Memang mula-mula cinta tetapi lama-lama derita.

Hakikatnya, duit adalah segala-galanya.

Sekadar info, Azeva merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik hasil perkongsian hidup A. Aida dengan penyanyi, Ameng yang bercerai sekitar tahun 2004.

Nota Oh! Media:
Soal jodoh akhirnya tetap pilihan individu. Apa yang penting, pilih pasangan yang menghargai, bertanggungjawab dan mampu membina kehidupan bersama, bukan semata-mata kerana harta.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top