Oh! Artis
Lufya persoal bayaran mutaah RM150 sebulan dan dedah nafkah anak RM300 dalam perkongsian Instagram.
Pelakon Lufya Omar sekali lagi mencuri perhatian selepas meluahkan rasa tidak puas hati berhubung isu nafkah anak dan bayaran mutaah.
BACA: Lufya Omar Dedah Sebab Tuntut Mutah RM1 Juta
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Lufya mempersoalkan bayaran mutaah sebanyak RM150 sebulan yang didakwa terlalu kecil untuk menyelesaikan hutang berkenaan.
Lufya persoal bayaran mutaah RM150 sebulan

Dalam perkongsian tersebut, Lufya memuat naik tangkap layar transaksi akaun bank yang menunjukkan bayaran RM300 untuk nafkah anaknya Haura dan RM150 bagi mutaah bayaran kedua.
Dia turut mempersoalkan sampai bila hutang tersebut mahu diselesaikan jika hanya dibayar RM150 sebulan.
Luahan itu seolah-olah menggambarkan kekecewaannya apabila hak yang diperjuangkan selama ini masih belum selesai seperti yang diharapkan.
Dalam hantaran sama, Lufya turut menyentuh mengenai kesukaran turun naik mahkamah untuk mendapatkan hak anak.
Dia mendakwa proses berkenaan mengambil masa terlalu lama dan membebankan pihak yang menuntut hak tersebut.
“Ini hak Haura!”

Selain isu nafkah dan mutaah, Lufya turut menitipkan pesanan kepada individu yang mahu mendirikan rumah tangga.
Katanya, cinta perlu datang bersama akal dan bukan sekadar perasaan semata-mata. Lufya turut menyentuh mengenai sikap narsistik yang menurutnya boleh wujud dalam hubungan rumah tangga.
Antara ciri yang disenaraikan ialah ego tinggi, kurang empati, suka memanipulasi, pandai berlakon sebagai mangsa serta suka mengawal dan mengungkit.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

