mhafis@mediaprima.com.my
Subang Jaya: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan barang kemas seorang wanita di sebuah premis jualan barangan terpakai di USJ 19, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan dan kes kini dalam siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial Threads seorang wanita memohon bantuan orang ramai selepas mendakwa kehilangan barang kemas ketika berada di premis terbabit di USJ 19,jam 9.15 malam Sabtu lalu.
Menerusi hantaran di media sosial, wanita terbabit memaklumkan begnya terjatuh ketika berada di premis berkenaan sehingga menyebabkan barangan di dalam beg berterabur.
© New Straits Times Press (M) Bhd

