Lembaga Peperiksaan mohon maaf berkaitan kekeliruan tarikh SPM semalam

KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kekeliruan berkaitan Kenyataan Media Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 yang dikeluarkan semalam.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan perkara itu diambil serius dan akan memastikan proses semakan serta penyampaian maklumat diperkemas bagi mengelakkan ia berulang.

“Semua pihak diminta merujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2026 yang dikeluarkan melalui saluran rasmi Lembaga Peperiksaan sebagai rujukan utama,” menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, sebanyak 420,879 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.

SPM 2026 akan diadakan bermula 23 November hingga 17 Disember ini. – Bernama

Scroll to Top