Ayob Khan dinobatkan Tokoh Wira Negara sempena Maulidur Rasul 2026

Ayob Khan dinobatkan Tokoh Wira Negara sempena Maulidur Rasul 2026

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay antara penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1448H/2026 yang berlangsung hari ini.

Ayob Khan dinobatkan Tokoh Wira Negara sempena Maulidur Rasul 2026

Beberapa lagi nama turut terima penghargaan

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, beliau menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Wira Negara, manakala bekas Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, dinobatkan sebagai Tokoh Saintis dan Inovator Kreatif.

Selain itu, pempengaruh Muhammad Mikhael Sathayah menerima anugerah Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang), manakala Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Advokasi Pendidikan dan OKU Sejahtera (Advo OKU Sejahtera), Prof Dr. Ruzita Mohd Amin, menerima Tokoh Wanita Madani.

Foto: NSTP

Anugerah berkenaan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia ( Arif Aiman Asrol)

Scroll to Top