Bapa, anak lelaki maut terperangkap dalam kebakaran rumah

Kuala Nerus: Dua beranak maut selepas terperangkap dalam rumah dua tingkat yang terbakar berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.49 pagi itu, dua mangsa terbabit ialah seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki, manakala seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.49 pagi sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi pada 2.58 pagi, didapati sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat berkeluasan kira-kira 40 x 50 kaki terbakar 70 peratus.

“Maklumat awal mendapati terdapat dua mangsa terperangkap di dalam rumah iaitu seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki, manakala seorang mangsa wanita dewasa berjaya keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dan usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan anggota BBP Kuala Nerus dengan bantuan BBP Kuala Terengganu.

Seramai 16 anggota terbabit dalam operasi berkenaan membabitkan sebuah jentera FRT, sebuah CFRT dan sebuah Water Tanker.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top