Oh! Bisnes
MISI bakal memperkenalkan tujuh ciri dalam satu ekosistem tempatan yang melangkaui sekadar food delivery.
Selama ini, ramai kenal MISI sebagai platform penghantaran makanan. Tapi selepas ini, aplikasi tempatan itu mahu jadi sesuatu yang lebih dekat dengan kehidupan harian pengguna.
Diasaskan oleh Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, MISI kini mahu mengembangkan platformnya kepada tujuh bahagian utama meliputi perniagaan, servis, kediaman, komuniti, pekerjaan, penghantaran ekspres dan food delivery.
MISI nak mudahkan orang cari apa yang ada dekat dengan mereka

Idea yang dibawa MISI cukup mudah, banyak perkara yang kita perlukan sebenarnya mungkin sudah ada berhampiran, cuma kita tak tahu kewujudannya.
Berapa banyak sebenarnya kita tahu tentang apa yang sudah ada di sekeliling kita?- Katanya.
Atas dasar itu, MISI bakal merangkumi MISI Business, MISI Services, MISI Home, MISI Community, MISI Job, MISI Express dan MISI Delivery.
Pengguna boleh mencari perkara seperti perniagaan tempatan, technician, rumah sewa, peluang pekerjaan, aktiviti komuniti serta perkhidmatan penghantaran dalam ekosistem sama.
Bukan lagi sekadar hantar makanan

MISI pada awalnya dibina untuk menghubungkan pelanggan, vendor dan rider menerusi food delivery. Antara konsep yang dikekalkan dalam MISI Delivery ialah makanan pada harga kedai serta 0% komisen ke atas jualan vendor.
Namun platform itu kini melihat teknologi boleh digunakan untuk lebih daripada sekadar menghantar makanan.

Apa lagi yang boleh dibantu untuk seseorang capai di kawasan mereka sendiri?- Katanya lagi.
Hala tuju baharu ini diperincikan menerusi MISI Keynote 2026: A New Era Begins pada 29 Ogos 2026 di D’Theater, Hextar World at Empire City, Petaling Jaya.
Daripada aplikasi yang dibuka ketika lapar, MISI mahu menjadi platform yang boleh digunakan untuk pelbagai keperluan harian dalam kawasan sendiri.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
