Banjir Nepal: 4 hari tanpa khabar, isteri doa suami kembali dalam keadaan selamat – “Ya Allah…”

Banjir Nepal:  4 hari tanpa khabar, isteri doa suami kembali dalam keadaan selamat – “Ya Allah…”

Isteri kepada Timbalan Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd. Sani Harul, Aziela Shaharuddin meluahkan kebimbangan selepas empat hari gagal menghubungi suaminya yang masih belum dapat dikesan susulan kejadian banjir kilat di Nepal.

Menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya, Aziela berkata keluarganya kini hanya mampu berdoa dan berharap suaminya serta pasukan yang bersamanya berada dalam keadaan selamat.

“Pada saat ini, kami sekeluarga menadah tangan kepada-Mu dengan hati yang penuh harapan, penuh kerinduan dan penuh rasa takut.
“Kami berkumpul sebagai sebuah keluarga kerana kami terlalu merinduimu, namun sehingga saat ini kami masih belum mengetahui di mana dia berada dan bagaimana keadaannya.
“Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui… engkau melihatnya ketika mata kami tidak mampu melihatnya, mendengar suaranya ketika telinga kami tidak mampu mendengarnya. Di saat kami tidak mampu berada di sisinya, jadilah engkau yang menjaganya,” luahnya menerusi kapsyen berkenaan.

Banjir Nepal:  4 hari tanpa khabar, isteri doa suami kembali dalam keadaan selamat – “Ya Allah…”

Aziela turut berharap agar suaminya dipelihara daripada sebarang bahaya dan dipulangkan semula ke pangkuan keluarga serta anak-anak dalam keadaan selamat.

“Kembalikanlah beliau kepada keluarganya, kembalikanlah dia kepada anak-anaknya dan saudara-maranya yang sedang menunggu. Kembalikanlah dia dalam keadaan selamat dan sihat.

“Kami mengaku Ya Allah, kami takut, kami risau, kami menangis… Tetap kami tidak mahu berputus asa daripada rahmat-Mu. Kurniakanlah kami kesabaran untuk terus menunggu dan kekuatan untuk terus berusaha,”luahnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan dua pegawai JBPM antara rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan bencana banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan besar di daerah Rasuwa, Nepal.

Dua pegawai terbabit ialah pendaki profesional merangkap anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB), Mohd. Fakhrul Munir Mohd. Isa dan Mohd. Sani.

Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia yang dalam perjalanan ke Everest Base Camp (EBC).

Sumber: TikTok azielashaharuddin

Scroll to Top