Pacu kerjasama politik Pas-BN

SHAH ALAM – Persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) serta kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) dijangka menjadi antara isu utama yang bakal mendominasi Muktamar Pas 2026.Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, kedua-dua perkara tersebut dilihat signifikan dalam usaha mengukuhkan kedudukan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu sebagai antara peneraju utama blok pembangkang.”Saya tidak menolak kemungkinan muktamar kali ini akan mengukuhkan lagi hubungan antara Pas dan BN dan ia akan diolah dengan menggerakkan naratif penyatuan Melayu.”Kedua-dua parti merasakan mereka boleh memenangi hati pengundi Melayu,” katanya kepada Sinar Harian.Sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan kehadiran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ke Muktamar Pas.Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) memaklumkan, PN turut menjemput pemimpin parti komponennya menghadiri muktamar itu, selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tetamu luar negara.Sementara itu Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik dan Pengajian Madani, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Syaza Farhana Mohamad Shukri berpandangan, Pas perlu tentukan arah tuju usaha menjalin kerjasama dengan UMNO bagi mendapatkan sokongan pengundi atas pagar.Beliau berkata, ketika ini Pas harus memperlihatkan parti itu sebagai ‘kerajaan menanti’ dengan mengemukakan strategi dan polisi yang mampu meyakinkan rakyat.”Pas perlu luaskan usaha dan menjadi lebih seperti typical party.”Ia boleh jadi titik permulaan baharu hubungan Pas-UMNO dan lupakan perbezaan dahulu, namun saya tidak rasa akan ada satu bentuk kerjasama lebih rasmi menjelang PRU16.”Nampak seperti kedua-dua (Pas dan UMNO) masih tidak pasti bentuk dan formula kerjasama. Ia masih menjadi satu permulaan yang boleh mengubah landskap politik Malaysia,” ujarnya.

Scroll to Top