Kuala Lumpur: Penerimaan telefon pintar boleh lipat dalam kalangan pengguna tempatan semakin berkembang baik menerusi tempahan awal yang menggalakkan bagi siri terbaharu Galaxy Z Fold8.
Perkembangan itu turut menyaksikan portal rasmi Samsung Malaysia menerima peningkatan trafik yang tinggi, khususnya bagi penawaran Galaxy Z Fold8 dalam pilihan warna Lavender dan Graphite.
Cermin perubahan gaya hidup digital
Presiden Samsung Malaysia Electronics, Charles Kim berkata, sambutan berterusan itu mencerminkan perubahan penerimaan pengguna tempatan terhadap fungsi peranti boleh lipat dalam menyokong aktiviti harian.
“Pihak kami menghargai sokongan rakyat Malaysia yang terus meletakkan siri Galaxy Z sebagai pilihan peranti boleh lipat mereka.
“Sambutan hebat daripada pembeli dan pihak media membuktikan rakyat Malaysia kini semakin selesa menggunakan teknologi ini dalam aktiviti harian mereka,” katanya pada majlis pelancaran jerawayara Haus of Fold, baru-baru ini.
Menurut beliau, pengenalan generasi baharu ini memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk menyelesaikan tugasan harian, mencipta kandungan digital mahupun mengakses hiburan.
“Persoalannya kini bukan lagi sama ada mahu menggunakan peranti boleh lipat atau tidak, sebaliknya model mana yang paling sesuai dengan gaya hidup masing-masing,” katanya.
Siti Nurhaliza, pelakon Takluk 2 meriahkan majlis
Majlis pelancaran siri peranti baharu berkenaan turut dihadiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berkongsi pengalamannya mengendalikan Galaxy Z Fold8.
Turut memeriahkan acara ialah barisan pelakon utama filem aksi Takluk 2: Op Daulat! iaitu Syafiq Kyle, Mimi Lana, Kamal Adli dan Anas Ridzuan yang menceritakan pengalaman mereka menggunakan siri peranti berkenaan sepanjang penggambaran filem berkenaan.
Bagi melengkapkan penggunaan harian tempatan, siri peranti ini turut dioptimumkan bersama beberapa aplikasi popular di Malaysia termasuk Maybank, AmBank, CelcomDigi, Maxis, GSC Cinemas, iQIYI, Gigi Coffee dan ZUS Coffee.
Peningkatan spesifikasi dan siri jam pintar
Dari segi fungsi, Galaxy Z Fold8 menawarkan skrin paparan luar yang lebih lebar untuk kegunaan pantas serta paparan skrin utama bersaiz 4:3 bagi tontonan dan pembacaan yang lebih luas.
Varian Galaxy Z Fold8 Ultra pula membawakan kerangka nipis menerusi teknologi Flex Titanium, skrin utama 8 inci serta kualiti kamera yang dinaik taraf. Manakala Galaxy Z Flip8 kekal fokus pada reka bentuk kompak dengan paparan paparan terus menerusi skrin FlexWindow.
Bersama pelancaran ini, Samsung turut memperkenalkan siri jam pintar Galaxy Watch Ultra2 (47mm) berserta kemasan titanium dan bateri 800mAh, serta Galaxy Watch9 (40mm & 44mm) yang memfokuskan pemantauan kesihatan harian.
Sempena pelancarannya, Samsung Malaysia menawarkan pakej penjimatan sehingga RM1,909.90 bagi pembelian bermula 14 Ogos hingga 4 Oktober ini.
Galaxy Z Fold8 Ultra ditawarkan pada harga bermula RM8,099, Galaxy Z Fold8 bermula RM7,299 dan Galaxy Z Flip8 bermula RM5,399.
Manakala Galaxy Watch Ultra2 dijual pada harga RM3,399 dan Galaxy Watch9 bermula RM1,499 bersama tawaran rebat serta ganjaran sampingan.
Bagi anda yang mahu mencuba sendiri pengalaman peranti skrin lipat terbaharu ini, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke jerayawara Haus of Fold bermula hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd


