Lelaki tinggal sendirian ditemukan meninggal dunia

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Cheras: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di rumahnya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.42 petang.

Katanya, susulan itu anggotanya bersama agensi berkaitan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Seorang lelaki yang tinggal sendirian di rumah di kawasan berkenaan ditemui sudah meninggal dunia. Tiada sebarang unsur membabitkan jenayah (ditemui dalam kejadian itu),” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, malam ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top