Ketika berdoa, rapatkan tangan atau jarakkan?

Soalan

Saya melihat pelbagai cara untuk berdoa, ada yang merapatkan tangan, ada yang menjarakkan tangan dan ada yang menekap tangan di mulut. Bagaimanakah yang sepatutnya?

Jawapan

Dalam bab berdoa, kita menadahkan tapak tangan ke langit tanda kita bermartabat rendah dan memerlukan bantuan.

Mengapa tapak tangan ditadahkan ke langit? Ini kerana ia merupakan kiblat bagi doa.

Dalam kitab-kitab yang membahaskan tentang doa, ia tidak meletakkan syarat untuk berdoa sama ada ia didekatkan atau dijarakkan.

Cuma dalam hadis sahih, Rasulullah SAW meninggikan tangan apabila meminta doa yang sangat perlu seperti bencana besar, kemarau, pembunuhan orang-orang Islam dan berhadapan musuh dalam peperangan.

Jika doa-doa lain, Baginda hanya merendahkan tangan dan ia difahami sama ada berada berdekatan dengan wajah atau dada.

Scroll to Top