KATHMANDU – Angka korban akibat kejadian gelongsoran lumpur di Nepal meningkat kepada 1,287 orang, manakala 5,083 lagi masih hilang setakat 12.30 tengah hari waktu tempatan pada Jumaat, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, lapor Xinhua.
Penilaian awal menunjukkan sebanyak 7,570 rumah kediaman dan 48 struktur bangunan kerajaan mengalami kerosakan.
Sebanyak 18 sekolah turut terjejas, termasuk 11 yang musnah sepenuhnya dan tujuh lagi rosak sebahagian, manakala tujuh institusi kesihatan turut mengalami kerosakan.
Selain itu, jalan raya sepanjang 55 kilometer rosak sepenuhnya, manakala 37 jambatan laluan kenderaan tidak lagi dapat digunakan.- Bernama
