Nepal beri kebenaran, Malaysia hantar pasukan SMART mulai esok

Putrajaya: Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal seawal esok (5 Sept), susulan kelulusan rasmi daripada Kerajaan Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas akibat banjir dan tanah runtuh, baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa pasukan 11 anggota itu akan dilengkapi dron berkeupayaan tinggi serta peralatan khusus bagi menyokong operasi yang diketuai pihak berkuasa Nepal di kawasan yang memerlukan kepakaran teknikal dan keupayaan operasi khas.

“Penghantaran pasukan itu tertakluk kepada keperluan operasi dan tahap keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa seramai 55 rakyat Malaysia masih dilaporkan gagal dihubungi setakat 4 Sept.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top