PAS Terengganu tawar calon PM jika diberi mandat dalam PRU akan datang

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: PAS Terengganu menawarkan calon Perdana Menteri dari negeri itu sekiranya diberi mandat untuk mentadbir pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Perwakilan PAS Terengganu, Dr Wan Mat Sulaiman berkata, pencalonan itu berdasarkan kejayaan dan pencapaian yang sudah diraih di Terengganu.

“PAS Terengganu sudah berjaya menunjukkan kekuatan dan prestasi. Kita bukan sekadar memainkan politik identiti, tetapi kita juga mampu membuktikan bahawa PAS mempunyai keupayaan untuk mentadbir dengan baik serta menunjukkan prestasi yang terbaik.

“Oleh yang demikian, jika dipersetujui, PAS Terengganu ingin menawarkan calon Perdana Menteri daripada negeri ini,” katanya ketika perbahasan ucapan dasar Presiden ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau juga mencadangkan supaya Muktamar Tahunan PAS Ke-73 tahun hadapan diadakan di Terengganu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top