asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian, Sarawak terus menurun kepada 287 setakat jam 1 tengah hari ini.
Hasil semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), menunjukkan IPU itu kini dalam kategori sangat tidak sihat.
Sementara itu, lima lagi lokasi di Sarawak merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat membabitkan Kuching (267); Sri Aman (251); Samarahan (242); Samalaju (202) dan Bintulu (201).
Selain itu, sebanyak 25 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu ILP Miri (189); Mukah (188); Miri (182); Sarikei (179); Sibu (172); Kimanis, Sabah (168); Labuan (168); Limbang (160); Bukit Rambai, Melaka (157) dan Batu Pahat, Johor (157).
Bacaan IPU di Johan Setia adalah (157); Tangkak, Politeknik Kota Kinabalu (masing-masing 156); Segamat dan Kota Kinabalu (masing-masing 155); Nilai dan Larkin (masing-masing 154); Kluang (153); Alor Gajah (152); Seremban, Balok Baru Kuantan dan Kapit (masing-masing 151); Pasir Gudang (141), Rompin (126) dan Kota Tinggi (106).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200) dan sangat tidak sihat (201-300), manakala IPU melebihi 300 dikategorikan berbahaya.
- Darurat jerebu bukan bermaksud ‘lockdown’, penduduk Serian keluar seperti biasa
- Jerebu: Operasi tempat kerja di Serian dibenarkan dengan langkah pencegahan
- Pekan Serian kurang meriah, penduduk utamakan keselamatan diri
- Darurat jerebu di Serian: JAS tingkat pemantauan, penguatkuasaan
- 647 sekolah di Sarawak ditutup 5 hari, laksana PdPR
- Agong perkenan isytihar darurat di Serian
© New Straits Times Press (M) Bhd

