Oh! Tidak
Dr Nor Atiqah percaya sistem kehakiman negara dan berharap kes membabitkan A2 Wax dapat dibicarakan secara adil.
Berdepan proses mahkamah sejak 2022 bukan sesuatu yang mudah buat usahawan dan pengarah syarikat, Dr Nor Atiqah Mohamad Alwi.
Di sebalik tekanan dan kebimbangan yang dilaluinya, wanita berusia 37 tahun itu tetap meneruskan rutin serta mengendalikan perniagaan seperti biasa sambil menunggu proses perbicaraan selesai.
Dr Nor Atuliqah lebih berhati-hati soal kepercayaan

Menurut Nor Atiqah, pengalaman turun naik mahkamah selama beberapa tahun sedikit sebanyak mengubah caranya melihat soal kepercayaan, terutama dalam urusan perniagaan.
Baginya, apa yang berlaku menjadi satu pengajaran untuk lebih berhati-hati menentukan kepada siapa kepercayaan boleh diberikan.
Selepas melalui proses ini, saya lebih berhati-hati dalam memberikan kepercayaan kepada orang lain. Ia mengajar saya untuk menilai dengan siapa kita boleh meletakkan kepercayaan dan sejauh mana kepercayaan itu wajar diberikan.- Katanya.
Dalam masa sama, Nor Atiqah bersyukur kerana pekerjanya masih kekal bersama ketika dia melalui tempoh sukar. Sokongan keluarga serta peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali turut menjadi kekuatan sepanjang proses berkenaan.
Perbicaraan hampir separuh jalan

Nor Atiqah menjelaskan kes membabitkan syarikat A2 Wax Sdn. Bhd. masih dalam prosiding dan perbicaraan kini sudah melalui hampir separuh proses. Difahamkan, mungkin berbaki dua saksi lagi dan sesi perbicaraan seterusnya dijangka berlangsung pada Oktober.
Saya percaya sistem kehakiman kita dan berharap serta doa agar kes ini dapat dibicarakan secara adil dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya.- Katanya.
Terdahulu, Nor Atiqah dan suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan menyalahgunakan wang milik A2 Wax Sdn. Bhd. sebanyak RM49,000 antara 29 Ogos hingga 23 November 2021.
Dalam pertuduhan kedua, mereka didakwa menyalahgunakan wang syarikat sebanyak RM7,000 pada 31 Januari 2022 berkaitan penggunaan cek tunai bagi membayar sewa premis di Bandar 16 Sierra, Puchong, Selangor.
Mengaku tidak bersalah kerana yakin dipihak yang benar

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama. Nor Atiqah mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.
Jika ada yang melalui pengalaman seperti saya, kita perlu terus bangkit dan percaya bahawa kebenaran akhirnya akan diketahui.- Katanya.
Baginya, apa sahaja cabaran yang berlaku tidak seharusnya membuat seseorang berhenti memperjuangkan apa yang dipercayainya.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

