am@hmetro.com.my
Gerik: Enam pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan, berjaya dibawa keluar ke Kampung Lelar malam ini selepas ditemui selamat di Kem Kulim.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata semua mangsa dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dan tiba di Kampung Kelar pada kira-kira jam 8.45 malam.
“Mereka kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Kemar, Gerik, untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
“Perkembangan operasi sehingga jam 9.20 malam mendapati kesemua mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.
Kesemua mangsa sebelum itu ditemukan di Kem Kulim oleh pasukan malim gunung dari Perak dan Kelantan yang membabitkan 10 anggota.
Enam individu terbabit terdiri daripada empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak serta dua malim gunung.
Terdahulu, Abdul Samad mengesahkan semua pendaki selamat selepas pihaknya berjaya menghubungi seorang malim gunung yang bersama kumpulan berkenaan.
Operasi menyelamat kemudiannya digerakkan bagi membawa kesemua mangsa keluar dari kawasan pendakian.
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipergiat dengan pesawat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mi-17 dari Pengkalan Udara Subang dijadual menjalankan tinjauan udara di sekitar jalur pendakian.
Berita berkaitan:
Isyarat asap bantu kesan lokasi enam pendaki, mesej maklum berada di Gunung Bongok – JBPM
Pasukan SAR gerak temui enam pendaki, mungkin dibawa turun malam ini atau esok
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat
‘Saya bimbang ada yang cedera, jika tiada bantuan sukar untuk mereka keluar’ – Bapa
Trans GBB: Polis seru orang ramai salur maklumat keberadaan enam individu hilang
MGP pecah dua kumpulan, susur laluan berbeza cari 6 pendaki
SAR enam individu hilang di Gunung Gerah: Bomba laksana melalui tinjauan udara
Dua malim gunung ‘hilang’ di Trans GBB berpengalaman lebih 20 tahun
Kanak-kanak 9 tahun antara 6 hilang dalam pendakian Trans GBB
6 hilang di gunung Gua Musang mungkin tempuh laluan sukar – malim gunung
© New Straits Times Press (M) Bhd
