fuadnizam@nst.com.my
Kuala Lumpur: Layang Layang Aerospace sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan susulan nahas helikopter BO-105 berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) di Ulu Baram, Sarawak, hari ini.
Pengurusnya, Kapten Shahdon Poong berkata, ia sudah mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan dan menyediakan semua bantuan yang mungkin susulan kemalangan yang membabitkan 9M-LLF, yang mengendalikan penerbangan Flying Doctor Service (FDS) dengan lima orang di dalamnya, termasuk juruterbang.
“Layang Layang Aerospace amat sedih dengan kemalangan itu. Ingatan kami bersama semua orang di dalam pesawat (itu) dan keluarga mereka, semasa tempoh yang sangat menyedihkan ini.
“Kami dengan hormatnya meminta privasi keluarga dijaga. Maklumat lanjut yang disahkan akan dikeluarkan melalui pihak berkuasa berkaitan apabila sesuai,” katanya dalam satu kenyataan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
© New Straits Times Press (M) Bhd
