am@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan bahawa seorang pemimpin kanan Umno dijangka dipanggil untuk memberi keterangan selepas perhimpunan agung parti itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, tiada individu sedemikian dalam senarai suruhanjaya berkenaan.
“Setakat yang saya tahu dan setakat pengetahuan SPRM, tiada.
“Saya tidak faham dari mana laporan ini datang atau bagaimana ia timbul. Tiada individu sedemikian dalam senarai kami,” katanya kepada pemberita hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
