Zul Handy Black Selesa Hidup Sederhana, Tak Lagi Kejar ‘Dunia’ 

Penyanyi Zul Handy Black berkata selepas berhijrah dia tidak lagi tertekan untuk mengejar dunia serta kemewahan.

Memetik mStar Online, Zul berkata ketika berada di dunia glamor dia mudah terpengaruh dengan gaya hidup mewah namun kini selesa hidup sederhana.

BACA: Zul Handy Black Gigih Berdakwah Namun Dedah Ada Yang Panas Hati

“Minta maaf cakap kalau dulu saya hidup dalam dunia penuh glamor, kalau orang lain pakai kereta mewah saya pun nak juga.

“Bila dah berhijrah dah dapat satu kefahaman lain, tak kisahlah orang nak pakai kereta mewah asalkan saya ada kenderaan sendiri sudah cukup, Alhamdulillah. Saya dah tak ada tekanan untuk kejar dunia lagi,” katanya.

Sementara itu, Zul berkata dia lebih memahami bahawa tidak perlu rasa rendah diri hidup sederhana.

“Bila kita faham kehidupan, hidup dalam keadaan sederhana pun tak rasa terhina atau rendah diri,” katanya.

Dalam pada itu, Zul turut bersyukur kerana kehidupannya kini lebih tenang serta keperluan masih mencukupi, malah rezeki masih ada.

“Bila dah mula belajar faham tentang rezeki yang Allah susun, jadi tidaklah terkejar-kejar kemahuan yang dulu. Syukur walaupun dah tak berlakon nyanyi seperti dulu, rezeki masih ada. Tak ada masalah kewangan pun, Alhamdulullah semunaya cukup,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top