Kehadiran keluarga gelandangan Rohingya di Jalan Padi 1 timbul gangguan

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Sembilan sekeluarga Rohingya termasuk seorang bayi dikesan hidup gelandangan di kaki lima bangunan pejabat di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda di sini.

Kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Ira berkata, keluarga itu terdiri daripada seorang wanita dewasa yang hamil bersama lapan anak termasuk bayi didapati menginap di kawasan itu sejak seminggu lalu.

Katanya, kehadiran mereka menimbulkan gangguan kepada orang ramai yang berurusan di bangunan pejabat itu.

“Mereka membentangkan permaidani di kaki lima. Kanak-kanak membuat bising dan bermain di situ. Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sesuai terhadap keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, kehadiran keluarga berkenaan di lokasi berkenaan juga tular menerusi media sosial hari ini.

Pada 24 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan sebuah keluarga etnik Rohingya didapati bergelandangan di beberapa tempat awam di sekitar Larkin hingga kehadiran mereka menjejaskan keselesaan ramai.

Seorang penduduk Larkin menyatakan keluarga berkenaan bergerak di merata tempat sejak lebih dua bulan lalu termasuk ‘menghuni’ di taman permainan kanak-kanak, kawasan rumah kedai dan berhampiran sebuah surau.

Bagaimanapun sebelum diambil tindakan keluarga itu akan berpindah ke kawasan lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top