Insiden jatuh longkang: Dua lagi kanak-kanak maut, jumlah kematian empat orang

am@hmetro.com.my

Kulim: Dua kanak-kanak yang dikejarkan ke Hospital Kulim selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, di sini malam tadi disahkan meninggal dunia.

Ini menjadikan jumlah mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah empat orang yang berusia antara lapan hingga 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, kesemua mayat mangsa akan dibawa dari Hospital Kulim ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bermain bola dan bola itu dikatakan terjatuh ke dalam longkang di tempat kejadian.

“Kesemua mangsa dipercayai cuba untuk mengambil bola terbabit namun telah terjatuh ke dalam longkang berkenaan,” katanya malam tadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top