Pelakon Zara Zya mendedahkan dia menerima banyak mesej untuk berkenalan termasuk lelaki berstatus suami orang yang mahu mendekatinya.
Memetik Harian Metro, Zara bagaimanapun berharap lelaki yang sudah berkahwin untuk menghormati isteri mereka.
BACA: Selain Pandai Wiring, Zara Zya Suka Lelaki Tak Merokok & Soft Spoken
“Banyak juga individu mesej nak berkenalan dan mahu mendekati saya termasuk seorang pelajar sekolah berusia 12 tahun. Saya juga tolak suami orang yang nak mendekati saya.
“Saya harap golongan yang sudah beristeri dapat menghormati pasangan masing-masing serta jangan melampau. Saya tiada masalah sebenarnya (bagi respons).
“Tetapi saya fikir juga untuk hari ke depan. Takut (melayan) kerana kita tak tahu tujuan serta isi hati orang,” katanya.
Sementara itu, Zara turut menasihatkan para suami di luar sana agar tidak menghantar mesej keterlaluan dengan tujuan menggatal kerana perkara itu tidak boleh dijadikan gurauan.
“Kadang-kadang saya nasihatkan juga dalam siaran langsung. Tak payah nak lebih-lebih, tolonglah hormat isteri. Tidak semua perkara boleh dianggap remeh terutama apabila membabitkan hubungan dan status perkahwinan seseorang.
“Ada benda kita boleh santai-santai serta jadikan gurauan dan ada yang tak boleh buat gurauan. Jadi, biasanya saya tak layan dan biarkan sahaja mesej itu tanpa balasan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
