Isteri Jazmy Juma kongsi detik pilu alami keguguran

puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga bersama, isteri kepada pelakon, Jazmy Juma iaitu Farah Athirah Rozman mengalami keguguran.

Berita duka itu dikongsikan Farah menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya, pada Rabu.

Dalam hantaran itu, Farah memuat naik gambar yang berlatarbelakangkan seolah-olah dia berada di sebuah pusat rawatan dengan berwarna hitam putih.

“Life is so private, no one knows I have a baby in heaven. (Kehidupan ini begitu peribadi, tiada siapa yang tahu saya mempunyai seorang bayi di syurga),” tulisnya.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Kerana Cinta Itu Dusta itu tidak memaklumkan secara terperinci mengenai punca keguguran itu berlaku.

Menjengah ke dalam ruangan komen di hantaran Instagram Storynya itu, rata-rata kenalan rapat dan netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat suri hati pelakon itu.

Untuk rekod, Jazmy dan Farah mendirikan rumah tangga pada 27 Jun lalu selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top