9 stesen di Sarawak catat IPU tidak sihat

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sembilan stesen di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap tidak sihat, pada jam 7 malam ini.

Tinjauan di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) mendapati Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 194 diikuti Kuching (187), Samarahan (175) dan Sri Aman (173).

Selain itu, Bintulu merekodkan bacaan 159, Sarikei (157), Sibu (155), Samalaju (153) dan Kapit (144).

Secara keseluruhan, sebanyak 47 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 12 kawasan lagi pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar sehingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 dan ke atas (berbahaya).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top