Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi satu pengalaman bermakna apabila berkesempatan bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad bersama Syed Saddiq.
70 tahun bersama
Menerusi hantaran dikongsinya, Bella menyatakan pertemuan itu memberi peluang kepadanya mendapatkan jawapan mengenai bagaimana sebuah hubungan dan rumah tangga mampu kekal utuh selepas lebih 70 tahun bersama.
“Hari ini saya dapat sesuatu yang saya rasa tak mungkin saya boleh dapat di luar sana. Saya dan YB Syed Saddiq bertemu Tun M dan Tun Hasmah.
“Salah satu perkara yang paling saya ingin tahu… bagaimana sebuah hubungan dan rumah tangga boleh terus kekal utuh selepas lebih 70 tahun bersama, mashaAllah,” tulisnya.
Cinta bukan semata-mata mencari yang sempurna
Bella turut menyentuh tentang bagaimana pasangan perlu terus memilih satu sama lain apabila usia bertambah, kehidupan berubah dan hubungan berdepan pelbagai cabaran.
Ujarnya, perjalanan lebih 70 tahun bersama pastinya melalui pelbagai suka duka, selain memerlukan kesabaran, sikap bertolak ansur, saling memaafkan dan memahami antara satu sama lain.
Menurutnya, cinta bukan semata-mata tentang mencari hubungan yang sempurna, sebaliknya tentang dua individu yang saling menghormati dan terus memilih untuk bertahan serta belajar bersama.
“Kerana akhirnya, mungkin cinta bukan tentang mencari hubungan yang sempurna. Tetapi tentang dua orang yang saling menghormati, tetap memilih untuk bertahan, belajar, memaafkan dan terus memilih satu sama lain. Setiap hari,”

Terima kasih Tun M & Tun Hasmah
Dalam hantaran sama, Bella turut merakamkan penghargaan kepada Tun M dan Tun Hasmah kerana sudi berkongsi pengalaman mengenai perjalanan rumah tangga mereka.
“Terima kasih Tun M dan Tun Hasmah kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan yang begitu mahal nilainya dengan kami,”
Bella menyifatkan pengalaman itu sebagai satu bentuk pembelajaran yang tidak semestinya boleh diperoleh melalui buku atau nasihat, sebaliknya hanya dapat difahami melalui kehidupan yang telah dilalui sendiri.
Ada perkara yang kita boleh belajar daripada buku dan nasihat orang.
Dan ada perkara yang hanya boleh kita pelajari daripada dua insan yang sudah membuktikannya dengan sebuah kehidupan,” ujarnya.
Sumber: Instagram bellaastillah

