KUALA LUMPUR – Karnival Saya & MAGGI yang berlangsung di Raintree Plaza, The Exchange TRX, meraikan pelbagai momen kehidupan rakyat Malaysia menerusi hidangan, aktiviti komuniti dan persembahan muzik.
Karnival yang berlangsung selama empat hari bermula 17 September hingga 20 September itu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana sambutan Hari Malaysia.
Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia dan Singapura, Ivy Tan berkata, setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri menikmati MAGGI, manakala setiap momen menjadi lebih bermakna dengan insan yang menjadi sebahagian daripadanya.
“Sejak beberapa generasi, masyarakat Malaysia telah menjadikan MAGGI sebahagian daripada kehidupan mereka.
“Menerusi Karnival Saya & MAGGI, kami ingin meraikan hubungan ini dengan mengajak orang ramai menikmati hidangan, mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan baharu bersama.
“Jenama ini berkembang bersama rakyat Malaysia dan menjadi sebahagian daripada kehidupan di rumah serta masakan keluarga merentasi generasi,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Karnival Saya & MAGGI berlangsung di Raintree Plaza, The Exchange TRX.
Menurut beliau, sambutan karnival yang berlangsung sehari lebih awal pada 16 September itu dimulakan dengan acara pratonton bersempena ketibaan peserta Keretapi Sarong di lokasi karnival yang menjadi lokasi akhir mereka.
Sepanjang penganjuran, keluarga, petani tempatan, usahawan makanan dan rakan komuniti turut hadir bersama beberapa personaliti terkenal termasuk Chef Naem Ramli, Ain Edruce, Kamal Adli, Aedy Ashraf, Nabila Razali, Fiza Sabjahan dan Emily Lim.
“Di ruang makanan Rasa-Rasa MAGGI, usahawan makanan tempatan menyajikan pelbagai hidangan menggunakan produk jenama ini berlandaskan empat tema.
“Pilihan Kegemaran Bersama MAGGI menampilkan hidangan kegemaran ramai dengan sentuhan tersendiri setiap peniaga manakala Kreasi Eksklusif Bersama MAGGI mengetengahkan hidangan istimewa yang diolah khas untuk karnival berkenaan.
“Cita Rasa Negeri Bersama MAGGI pula mengetengahkan cita rasa asli dari pelbagai negeri di Malaysia manakala Kenali Potensi Diri: Program MAGGI Wanita Cukup Berani memperkenalkan usahawan wanita yang berkongsi kisah dan keistimewaan masakan mereka,” menurutnya.
Antara yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan ialah Ida Faizura Megat Muhaiyadin atau lebih dikenali sebagai Jua daripada Jua’s Cook and Bake, yang memperkenalkan hidangan ciptaannya di ruang makanan tersebut.

Ivy Tan
Selain itu, pengunjung berpeluang mengenali bahan-bahan dan individu di sebalik hidangan kegemaran mereka menerusi pelbagai aktiviti.
Di Kari Kegemaran Malaysia, pengunjung menguji deria sambil mengenali 12 rempah ratus yang menghasilkan cita rasa MAGGI kari, manakala ‘Dari Ladang ke Hidangan Keluarga’ memperkenalkan hasil tanaman tempatan serta petani dan komuniti yang mengusahakannya.
Menerusi Dapur MAGGI Saya, pengunjung pula membawa pulang idea praktikal untuk menyediakan hidangan yang lazat dan seimbang di rumah.
Sepanjang karnival, pengunjung turut berkongsi momen #SayaDanMAGGI masing-masing dan menebus barangan daripada koleksi eksklusif MAGGI.