Penyanyi dan pelakon Didi Astillah untuk tidak menjadikan luka yang dilalui oleh seseorang sebagai hiburan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Didi berkata setiap daripada kita mempunyai jalan cerita masing-masing yang tidak diketahui oleh orang lain.
BACA: Didi Astillah Bergelar Isteri, Bella Pesan Jadi Isteri Yang Sentiasa Bersabar

“Kita tak pernah tahu sepenuhnya apa yang seseorang lalui di dalam hidupnya. Jadi kalau tak mampu mendoakan, sekurang-kurangnya jangan jadikan luka atau trauma orang lain sebagai hiburan. Jadilah orang yang baik. Kita semua ada cerita yang orang lain tak tahu,” katanya.
Sementara itu, Didi turut menitipkan nasihat agar untuk menjadi individu lebih baik dan mendoakan perkara yang baik-baik.
“Lebih baik kita doa yang baik-baik buat kedua ibu bapa kita, keluarga dan kawan-kawan kita. (Al-fatihah buat sesiapa yang dah kehilangan orang tua),” tulisnya,
