Pelakon Abby Abadi menjelaskan ucapannya buat anak bongsunya, Maria Danisha Hakim adalah bukan doa tetapi kenyataan yang sedang dilaluinya ketika ini.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Abby berkata dia tidak hanya tujukan pada anak bongsunya sahaja tetapi pada ketiga-tiga anaknya.
BACA: “Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi Bersama” – Abby Abadi
“Jangan datang itu bukan doa. Itu kenyataan. Kenyataan yang mana benda itu yang ada dalam hati saya sekarang.
“Saya tak tuju dekat baby saja, saya tuju pada anak-anak lain juga, yang saya maksudkan kalau masa hidup pun macam dah tak sudi bersama dengan mama, maknanya kalau masa meninggal jangan datanglah, itulah,” katanya.
Sementara itu, Abby turut memberitahu hubungannya dengan anak-anak selama ini baik sahaja apatah lagi mereka membesar bersamanya sejak kecil.
“Dengan anak-anak pun sebenarnya saya baik saja, anak-anak hidup dengan saya, daripada kecil dengan saya.
“Jadi benda ni baru tak barulah. Cuma nya saya sangat ralat, adalah beberapa kejadian yang memang saya tak share, cuma kebetulan wish hari jadi tu saya tulis sekalilah,” katanya.
Dalam pada itu, Abby berkata dia tidak sangka segalanya berubah meskipun sebelum ini dia banyak mengalah, malah tidak meletakkan dirinya sebagai yang teraniaya.
“Saya sudah berdamai dengan takdir, sudah berbaik dengan mereka, macam keluarga tetapi berlaku perubahan besar yang saya sendiri tak jangka.
“Dulu banyak perkara yang kita usahakan sama-sama, kami baik, saya mengalah banyak perkara. Namun apabila sekarang saya lihat anak-anak tidak menyebelahi saya, saya rasa macam dah lakukan satu kesilapan besar. Saya tidak boleh nak kongsikan semua, tetapi apa yang saya luahkan itulah perasaan kecewa saya,” katanya.
Sumber: Melodi


