Tamat Penantian 36 Tahun, Ganjaran Skuad Takraw Naik Kepada RM10,000 Setiap Seorang | Oh! Arena – Oh! Media

Tamat Penantian 36 Tahun, Ganjaran Skuad Takraw Naik Kepada RM10,000 Setiap Seorang | Oh! Arena – Oh! Media

Oh! Arena

Skuad sepak takraw negara terima ganjaran RM10,000 setiap pemain selepas tamat penantian 36 tahun raih emas Sukan Asia.

Penantian 36 tahun akhirnya terjawab buat skuad sepak takraw negara apabila kejayaan meraih emas regu berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 turut disusuli habuan istimewa.

Setiap pemain bakal menerima ganjaran tambahan RM10,000 selepas Malaysia menewaskan Thailand 2-0 dalam aksi final di Nagoya City Mizuho Arena.

Ganjaran dinaikkan selepas cipta sejarah

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Redzuan berkata, jumlah tersebut pada asalnya ditetapkan RM7,000 sebelum dinaikkan susulan kejayaan luar biasa skuad negara.

Keputusan itu mendapat persetujuan semua ahli majlis PSM sebagai penghargaan terhadap pengorbanan dan perjuangan para pemain sepanjang kejohanan.

Ganjaran untuk mereka memang ada, ikut pusingan, tetapi selepas mereka menang tadi, saya rasakan kami patut naikkan ganjaran ini dan semua ahli exco bersetuju.- Kata Sumali.

Kemenangan itu cukup bermakna apabila Malaysia akhirnya kembali meraih emas acara regu berpasukan Sukan Asia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi Beijing 1990.

Lahirnya The Golden Tigers

Bukan setakat membawa pulang emas, skuad sepak takraw negara kini turut mempunyai identiti baharu apabila secara rasmi diberikan jolokan “The Golden Tigers”.

Menurut Sumali, idea itu tercetus selepas melihat beberapa pasukan kebangsaan lain mempunyai gelaran tersendiri termasuk Harimau Malaya dalam bola sepak dan Speedy Tigers bagi hoki.

Bola Sepak ada gelaran Harimau Malaya, manakala Hoki pula dipanggil Speedy Tiger, jadi saya dapat idea dan hari ini kita sepakat memanggil skuad sepak takraw negara dengan nama The Golden Tigers.- Kata Sumali.

Beliau turut mendedahkan persoalan mengenai nama jolokan skuad sepak takraw pernah dibangkitkan sebelum ini, termasuk oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top