Sweden juara Kumpulan E, Sepanyol mengamuk belasah Slovakia 5-0

Sweden juara Kumpulan E, Sepanyol mengamuk belasah Slovakia 5-0

Aymeric Laporte meraikan gol kedua Sepanyol pada perlawanan awal pagi tadi. (Gambar AP)

PARIS: Impian Poland untuk melangkah ke peringkat 16 terbaik Euro 2020 hancur berkecai selepas tewas 2-3 kepada Sweden pada aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Krestovsky awal pagi tadi.

Kekalahan itu menutup rapat peluang Poland yang terdesak memerlukan kemenangan ke atas Sweden untuk menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan E selepas seri dan tewas dalam dua aksi sebelum ini.

Kemenangan itu menyaksikan Sweden menjuarai Kumpulan E dan ia dijadualkan menentang pasukan tempat ketiga daripada Kumpulan B atau C di peringkat 16 terbaik pada 29 Jun.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E, Sepanyol akhirnya melakar kemenangan pertama pada saingan Euro 2020 selepas membelasah Slovakia 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stadium La Cartuja.

Kemenangan itu sekali gus memastikan skuad kendalian Luis Enrique melangkah ke pusingan kalah mati sebagai naib juara kumpulan selepas mengumpul lima mata menerusi satu kemenangan dan dua seri.

Jentera serangan Sepanyol yang diketuai Alvaro Morata, bagaimanapun dilihat kurang menyengat pada awal saingan, lebih-lebih lagi selepas Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11.

Bagaimanapun, La Roja mendapat gol yang dinanti-nantikan apabila penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka menumbuk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-30 selepas percubaan Pablo Sarabia terkena palang.

Poland tersingkir bersama Slovakia yang menduduki tempat ketiga.

Scroll to Top