CHENNAI – Seorang anggota polis di Tamil Nadu, India menerima penghargaan selepas aksinya berpaut pada bumbung sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sejauh kira-kira 30 kilometer ketika mengejar penyeludup tular di media sosial.
M Velmurugan dari Balai Polis Kovilpalayam dipanggil menemui Ketua Menteri Tamil Nadu, C Joseph Vijay di pejabat Sekretariat pada Selasa.
Dalam kejadian itu, SUV membawa gutka (produk tembakau kunyah yang diharamkan) enggan berhenti sebelum melarikan diri.
Velmurugan terus berpaut walaupun pemandu cuba menjatuhkannya sebelum polis berjaya memberhentikan SUV berkenaan.
Tiga suspek ditahan dan barangan terlarang dirampas.
Vijay turut menyampaikan hadiah kepada Velmurugan selain menasihatinya supaya sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas. – Agensi



