LATEST
World News

Bil elektrik Singapura turun

Bil elektrik Singapura turun

SINGAPURA – Isi rumah di Singapura bakal menikmati penurunan tarif elektrik sebanyak 10.4 peratus bagi tempoh Oktober hingga Disember susulan kos tenaga yang lebih rendah.

SP Group pada Rabu memaklumkan, tarif elektrik isi rumah akan turun kepada 28.59 sen Singapura (RM0.91) bagi setiap kilowatt-jam (kWh) berbanding 31.91 sen (RM1.02) pada suku sebelumnya.

Baca juga: Megaspeed sahkan Alice Huang tinggalkan syarikat pada 2025, siasat isu Nvidia

Penurunan itu dijangka mengurangkan purata bil elektrik bulanan keluarga yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik sebanyak S$12.99 (RM53.02) sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tarif keseluruhan elektrik sebelum GST pula akan turun purata 10.6 peratus atau 3.32 sen bagi setiap kWh. – Agensi

 

 

More in World News

View all

Latest news