nazarali@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dijangka mengeluarkan kenyataan media hari ini.
Ia berkaitan isu rakaman video tular membabitkan individu dikaitkan dengannya di sebuah lokasi dipercayai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mohd Shuhaily memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu terbabit ketika dihubungi wartawan, tengah malam tadi.
Terdahulu, menerusi video tular terbabit, seorang individu mirip Mohd Shuhaily kelihatan memarahi seorang individu lain.
Malah, dalam video terbabit, kepala mangsa turut dipegang dengan aksi agak keras.
Pada masa sama, tular salinan laporan polis dakwaan individu yang dikasari individu mirip Mohd Shuhaily, namun tiada pengesahan dapat dibuat setakat ini berkaitan kesahihan laporan berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




