Siapa kata keterujaan Formula 1® hanya boleh dirasai ketika kereta lumba memecut di atas litar?
Rupanya, di sebalik deruman enjin dan sorakan ribuan penonton, ada lagi pengalaman menarik yang membuatkan hujung minggu perlumbaan terasa lebih luar biasa!
Daripada suasana meriah di Litar Antarabangsa Sepang sehinggalah kehangatan perlumbaan di Marina Bay, Singapura, STING turut mencuri perhatian dengan membawa semangat dunia permotoran lebih dekat kepada peminat.

Bukan sekadar hadir sebagai jenama minuman, STING turut mewarnai pengalaman Formula 1® menerusi ruang pameran, konsep kreatif dan pelbagai elemen menarik yang melengkapkan kemeriahan acara di kedua-dua negara.
Lebih menarik, antara konsep yang diketengahkan ialah rekaan menyerupai pam petrol yang cukup sinonim dengan dunia automotif, sekali gus memberikan sentuhan berbeza kepada kehadiran STING sepanjang acara berlangsung.
Namun, pengalaman yang ditawarkan di Sepang dan Singapura mempunyai tarikannya tersendiri!
Bukan sekadar tengok perlumbaan, booth STING Energy Boost™ di Sepang pun meriah!
Sempena Formula 1® Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026, suasana di Litar Antarabangsa Sepang bukan hanya tertumpu kepada aksi pelumba yang berentap merebut kedudukan terbaik di atas trek.
Di luar litar, booth STING turut menjadi sebahagian daripada kemeriahan apabila pengunjung berpeluang mendekati jenama itu sambil menikmati suasana perlumbaan yang penuh keterujaan.
Dengan konsep berinspirasikan dunia permotoran, termasuk rekaan menyerupai pam petrol, ruang berkenaan tampil seiring dengan semangat kelajuan dan aksi yang menjadi identiti Formula 1®.
Menerusi kempen F1® Sounds Like STING, STING turut mengetengahkan elemen interaktif yang menggabungkan bunyi, muzik dan pengalaman bertemakan perlumbaan.
Antara konsep yang diperkenalkan ialah permainan Sting Speed Rush, yang mencabar peserta menggunakan laungan ikonik “STINGGGG!” untuk menghidupkan enjin kereta lumba secara maya.

Kalau di atas trek deruman enjin menjadi tumpuan, di ruang STING pula laungan peminat mengambil alih!
Tidak cukup dengan itu, kempen berkenaan turut mengetengahkan cabaran tarian interaktif menggunakan muzik hasil kolaborasi STING bersama DJ antarabangsa, Alan Walker, selain ruang foto bertemakan perlumbaan.
Gabungan elemen berkenaan menjadikan pengalaman di luar trek lebih berwarna, khususnya buat pengunjung yang mahu merasai kemeriahan Formula 1® dari sudut berbeza.
Di Singapura, STING temani peminat layan aksi penuh debaran!
Jika di Sepang tumpuan terarah kepada booth dan pengalaman interaktif, kehadiran STING di Singapura pula dapat dilihat dalam suasana yang berbeza.
Sempena Formula 1® Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2026, STING turut menampilkan peti sejuk berkonsepkan pam petrol di kawasan eksklusif Paddock.
Rekaan yang diinspirasikan daripada dunia permotoran itu turut menampilkan tin STING Energy Boost™ edisi terhad yang disediakan khas untuk tetamu Paddock, sekali gus menambahkan lagi keistimewaan pengalaman mereka di sebalik tabir perlumbaan.

Namun, pengalaman bersama STING tidak hanya terhenti di kawasan tersebut.
Di sekitar zon penonton Marina Bay, minuman STING Energy Boost™ turut dijual menerusi vendor makanan dan minuman terpilih, membolehkan peminat mendapatkannya sambil menikmati kemeriahan hujung minggu perlumbaan.
Bayangkan, sedang asyik menyaksikan kereta lumba memecut di hadapan mata, deruman enjin bergema di seluruh kawasan litar, manakala sorakan penonton semakin kuat setiap kali aksi mendebarkan berlaku.
Dalam suasana penuh adrenalin itu, menikmati STING Energy Boost™ sambil duduk di tempat penonton pastinya menjadi pelengkap pengalaman, apatah lagi buat peminat yang mahukan suntikan tenaga untuk terus bersemangat menyaksikan setiap aksi Formula 1®!
Menariknya, STING Energy Boost™ hadir sebagai minuman tenaga berkarbonat dengan dua pilihan perisa, iaitu Berry Blast dan Gold Rush.
Dengan kandungan kafein, taurina, ginseng serta vitamin B3, B6 dan B12, kedua-dua perisa menawarkan rasa STING yang padu dan tersendiri, dilengkapi sensasi berkarbonat yang menyegarkan.

Bukan hanya sesuai dinikmati ketika menyaksikan perlumbaan, STING Energy Boost™ turut menjadi pilihan untuk melengkapkan momen santai bersama rakan-rakan sambil menikmati persembahan hiburan dan kemeriahan acara.
Bila semangat Formula 1® bertemu STING Energy Boost™, keterujaan tak berhenti di garisan penamat!
Walaupun menawarkan pengalaman berbeza di Sepang dan Singapura, kedua-duanya memperlihatkan bagaimana STING membawa semangat Formula 1® lebih dekat kepada peminat, bukan hanya menerusi aksi di litar, tetapi juga pengalaman menarik sepanjang acara berlangsung.
Daripada suasana interaktif di booth Sepang sehinggalah pengalaman menikmati STING sambil menyaksikan perlumbaan di Singapura, jenama itu menjadi sebahagian daripada detik-detik yang melengkapkan kemeriahan Formula 1®.

Lebih daripada sekadar menyaksikan kehebatan pelumba, Formula 1® turut menawarkan pengalaman penuh debaran, semangat dan adrenalin yang sukar dilupakan.
Dalam dunia Formula 1® yang penuh kelajuan dan persaingan sengit, setiap detik perlumbaan terasa lebih mengujakan apabila dinikmati bersama STING Energy Boost™.
Dengan suntikan tenaga untuk terus bersemangat, keterujaan peminat bukan hanya bermula apabila lampu permulaan padam, tetapi terus membara sehingga bendera penamat dikibarkan!




