Pelajar lelaki disyaki rogol remaja perempuan di pasar

Pelajar lelaki disyaki rogol remaja perempuan di pasar

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan di sebuah pasar di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, suspek yang juga pelajar sebuah sekolah di daerah ini, ditahan pada 11.30 pagi hari ini selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian terbabit daripada ibu mangsa.

Menurutnya, laporan itu dibuat selepas ibu mangsa dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pasar berkenaan yang melihat anak perempuannya dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki di lokasi terbabit.

“Mangsa kemudiannya memberitahu ibunya yang dia dirogol oleh pelajar lelaki terbabit.

“Remaja berkenaan juga mengaku bahawa dia adalah teman wanita kepada suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurut Azli, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Dalam pada itu, beliau menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mengenai gangguan seksual selain memantau pergerakan harian mereka bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah seksual.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top